Hingis kini bergelar ibu - Utusan Malaysia

Hingis kini bergelar ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 9 Mac. – Bekas pemain tenis No. 1 dunia, Martina Hingis menjadi pemain tenis terbaharu bergelar ibu selepas melahirkan bayi perempuan, kelmarin.

Hingis, 38, memberitahu berita gembira itu dalam Twitter dengan memuat naik status dia dan suaminya, Harald Leemann sudah bergelar ibu bapa.

“Kami telah bertiga, Harry dan saya teruja untuk mengalu-alukan anak perempuan kami Lia ke dunia, kami sangat bahagia,” tulis bintang Switzerland itu yang bersara daripada sukan tersebut pada 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Hingis, anak perempuan sulungnya diberi nama Lia.

Bagaimanapun, Serena Williams dan Victoria Azarenka masih aktif dalam sukan itu walaupun berstatus ibu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini