KUALA LUMPUR – Pemain daripada empat pasukan yang layak menerima bayaran tunggakan gaji sudah menerima wang masing-masing daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bahawa pemain tersebut adalah daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), MOF FC, Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Terengganu City FC.
PFAM berkata, pemain yang sudah menerima bayaran ini adalah mereka yang membuat laporan dan telah mendapat keputusan daripada Jawatankuasa Status FAM.
Badan induk berkenaan, yang mewakili pemain di negara ini, memaklumkan pemain pasukan Marcerra United dan Hanelang FC dijangka akan menerima bayaran masing-masing awal tidak lama lagi.
Justeru, PFAM berterima kasih kepada FAM yang banyak bekerjasama dalam menyelesaikan isu berkenaan yang sudah berlarutan sejak beberapa tahun lepas. – Bernama











