SKMM nafi dakwaan pusat internet akan ditutup - Utusan Malaysia

SKMM nafi dakwaan pusat internet akan ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan dakwaan Nusuara Technologies Sdn. Bhd. yang memberi gambaran bahawa sebanyak 870 pusat internet di seluruh negara akan ditutup.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan berkata, dakwaan yang diuar-uarkan pengendali utama pusat-pusat internet naungan Celcom itu adalah satu tindakan yang cuai.

“SKMM mengesahkan bahawa pusat-pusat internet  di seluruh negara tidak akan ditutup dan dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dakwaan sesetengah pihak yang memberi gambaran bahawa pusat internet di seluruh negara akan ditutup adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab,” katanya di sini hari ini.

Suruhanjaya itu berkata, untuk itu, kedua-dua pihak berkenaan digesa untuk memberikan justifikasi dan keterangan lanjut kepada SKMM.

Pusat Internet merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision, USP) SKMM.

Sehingga kini, terdapat 870 Pusat Internet yang sedang beroperasi di seluruh negara. 

Antara kemudahan yang disediakan adalah perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi, kursus dan latihan ICT serta e-dagang yang telah meningkatkan kemahiran masyarakat setempat sekali gus memperkasakan tahap ekonomi tempatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini