Masalah 400 petani di Besut akan selesa - Utusan Malaysia

Masalah 400 petani di Besut akan selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 9 Mac – Masalah lebih 400 petani yang mengusahakan tanaman padi seluas 711 hektar di sini akan selesai berikutan projek menaik taraf sistem pengairan Skim Pengairan Pelagat yang melibatkan tiga sebut harga bernilai kira-kira RM5 juta.

Ketua Setiausaha  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Sallehuddin Hassan berkata, sebanyak RM3 juta akan diperuntukkan bagi mengatasi masalah tali air rosak sepanjang 6 kilometer di samping menaik taraf saliran sepanjang 10 kilometer dan jalan ladang sepanjang 4 kilometer.

Katanya, projek yang melibatkan tiga sebut harga itu telah dilaksanakan tiga tahun lalu di tali air Point C dengan menggunakan peruntukan berjumlah RM1.5 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam tempoh setahun apabila siapnya projek menaik taraf ini, pesawah  di kawasan Skim Pengairan Pelagat ini dijangka akan dapat menjalankan tanaman padi tanpa masalah gangguan bekalan air lagi.

“Sebagai penyelesaian segera untuk mengatasi masalah bekalan air pengairan, satu pam bergerak berkapasiti 140 liter per saat dari parit air buang  telah dipasang dan diletakkan di Kampung Gong Penaga tiga hari lalu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pemasalahan pesawah di Skim Perairan Pelagat dekat sini hari ini.

Baru-baru ini seramai 50 pesawah yang melibatkan  kawasan penanaman padi seluas 50 hektar di empat kampung  dalam skim pengairan itu iaitu Gong Penaga, Kenjing, Air Terjun dan Alur Selising terjejas ekoran  tali air sedia ada rosak di samping faktor kemarau.

Menurut Mohd. Sallehuddin, langkah menyediakan pam bergerak itu diambil untuk menyelesaikan masalah petani  di bawah skim yang terletak di luar Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA Ketara).

Beliau turut meminta IADA Ketara bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Salinan (JPS) di samping Jabatan Pertanian negeri untuk membantu petani agar tidak  berlaku gangguan bekalan air di kawasan itu.

Dalam pada itu, Mohd. Sallehuddin menggalakkan golongan pesawah menubuhkan Kumpulan Pengurusan Air (KPA)  dan  bersama-sama menyertai  program khidmat masyarakat pada 23 Mac nanti untuk membersih kawasan saliran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini