Pencemaran Sungai Chohong resahkan penduduk - Utusan Malaysia

Pencemaran Sungai Chohong resahkan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN 9 Mac – Penduduk di sekitar Kampung Chohong di sini bimbang dengan ancaman bahan buangan berbahaya apabila Sungai Chohong dikatakan tercemar hingga warna airnya berubah kepada hitam serta berbau busuk sejak pagi tadi.

Seorang peniaga, Rosmah Ismail, 52, berkata, keadaan itu menyebabkan orang ramai rasa bimbang selain berdepan bau busuk yang menjejaskan perniagaan warung makannya.

Katanya, walaupun kes pencemaran sungai di kawasan tersebut bukan perkara baharu tetapi ia tidak seteruk kali ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

 “Saya yang memasak dan berniaga di sini sudah tak tahan hingga tekak rasa loya dan pening kepala macam nak pitam. Bau busuk itu lagi kuat bila angin bertiup,” kata ketika ditemui pemberita di warungnya, di sini, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini