Pencemaran kimia: SK Pasir Putih, SMK Pasir Putih ditutup esok - Utusan Malaysia

Pencemaran kimia: SK Pasir Putih, SMK Pasir Putih ditutup esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 10 Mac – Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih di Pasir Gudang yang menerima kesan pencemaran bahan kimia kelmarin akan ditutup esok.

Keputusan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bantuan Bencana Tumpaham Sisa Kimia di Sungai Kim Kim,  Pasir Gudang di sini hari ini oleh pihak berkuasa melibatkan semua agensi kerajaan berkaitan.

Timbalan Pengarah Pendidikan Johor, Azman Adnan berkata, penutupan tersebut bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan sepenuhnya dibuat pihak sekolah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau memberirahu, kedua-dua sekolah berkenaan akan dibuka semula bagi tujuan pembelajaran pada Isnin atau 11 Mac 2019.

“Sehubungan itu jabatan ini telah membuat makluman kepada Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang dan dua sekolah terlibat iaitu SMK Pasir Putih dan SK Pasir Putih untuk mengambil tindakan susulan pemakluman kepada guru-guru, ibu bapa penjaga dan murid-murid sekolah berkenaan berkaitan penutupan ini.

“Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi terlibat, ibu bapa dan seluruh masyarakat yang telah membantu menangani isu bencana yang melibatkan dua sekolah ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Kelmarin, dua sekolah itu yang membabitkan kira-kira 1,600 pelajar terpaksa ditutup ekoran terhidu bahan kimia yang dipercayai dibuang secara haram di Sungai Kim Kim kira-kira 500 meter dari kedua-dua sekolah itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini