Dollah puji aksi Zuhair - Utusan Malaysia

Dollah puji aksi Zuhair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 9 Mac – Penampilan pertama Zuhair Aizat bersama skuad Tok Gajah musim ini mendapat pujian pengendali Pahang, Dollah Salleh apabila pemain itu menjaringkan gol tunggal skuad itu bagi menewaskan Helang Merah 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini malam semalam.

Dollah berkata, jaringan Zuhair pada minit ke-85 perlawanan benar-benar melegakan segala tekanan yang dirasai pasukan itu.

Bekas jurulatih kebangsaan itu memuji keberanian Zuhair menggelecek sehingga melepasi dua pemain pertahanan skuad pelawat sebelum melakukan rembatan tepat ke pintu gawang Kedah dari luar petak penalti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Gol itu melegakan segala tekanan kerana amat susah untuk menjaringkan gol pada malam ini (semalam),” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan berakhir malam semalam.

Doalam pada berkata, Dollah berkata, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo memaklumkan dia kecewa apabila gagal menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-31 dan Tok Gajah tidak menyalahkan pemain penyerang itu.

Sementara itu, Zuhair mengakui bersyukur kerana menghadiahkan tiga mata penuh buat Pahang selepas diberikan peluang beraksi.

“Mendapat peluang bermain dan dapat pula menjaringkan gol kemenangan, sudah cukup buat saya rasa bersyukur,” katanya.

Sementara itu, pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak tidak menyembunyikan perasaan kecewa selepas skuadnya tewas 0-1 kepada Pahang. 

“Kami tidak bernasib baik apabila Pahang berjaya menjaringkan gol di penghujung perlawanan yang menyebabkan Kedah pulang tanpa sebarang mata,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini