Hodak bawak 22 pemain ke Jepun - Utusan Malaysia

Hodak bawak 22 pemain ke Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mac – Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 18 (B-18) negara, Bojan Hodak menyenaraikan 22 pemain bagi menghadapi kejohanan bola sepak remaja antarabangsa, Piala Sanix 2019 di Fukuoka, Jepun dari 14 hingga 17 Mac 2019.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan skuad B-18 kebangsaan itu akan berlepas ke Fukuoka esok bagi menghadapi tiga perlawanan peringkat awal menentang Aomori Yamada High School dan Sagan Tuso Youth pada 14 Mac, sebelum berdepan Otsu High School (15 Mac).

Jika mereka berjaya ke peringkat kalah mati, perlawanan akan berlangsung pada Sabtu, 16 Mac 2 dan aksi final pula dijadual pada Ahad depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad Bojan, seterusnya akan ke Osaka bagi menghadapi satu perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Cerezo Osaka pada Rabu, 20 Mac, sebelum kembali ke tanah air keesokan harinya. – UTUSAN ONLINE

SENARAI 22 PEMAIN

Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Ali Imran Sukari, Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Firdaus Kaironnisam, Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Hariz Mansor, Harith Haiqal Adam Afkar, Saravanan Thirumurugan, Muhammad Aidil Azuan.

Muhammad Hazim Abu Zaid, Muhammad Faris Kamardin, Muhammad Firdaus Abdul Razak, Firdaus Irman Mohd Fadhil, Muhd Mukhairi Ajmal Mahadi, Muhammad Azam Azmi Murad, Nik Umar Nik Aziz, Arif Aiman Mohd Hanapi, Muhammad Wazif Nazarail, Mohd Aiman Afif Md Afizul, Muhammad Aikmal Roslan, Akmal Hazim Ismail, Muhammad Iman Rafaei Abd Razak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini