Habuan lumayan menanti jika Reds ke suku akhir - Utusan Malaysia

Habuan lumayan menanti jika Reds ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 7 Mac – Liverpool akan bertandang ke Munich minggu depan dengan membawa harapan untuk menyertai Manchester United dan Tottenham melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara.

United mengesahkan tiket mereka selepas bangkit daripada ketinggalan 0-2 di Old Trafford dengan menundukkan Paris Saint-Germain (PSG) 3-1 di Paris dalam aksi kedua hari ini. Kedua-dua pasukan terikat 3-3 dan Red Devils mara menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Kejayaan itu hadir 24 jam selepas Tottenham menyingkirkan Borussia Dortmund secara agregat 4-0 selepas menang 1-0 dalam perlawanan kedua di Jerman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Manchester City juga yakin untuk menumpaskan Schalke 04 apabila kedua-dua pasukan berentap pada aksi kedua peringkat 16 akhir di England, Rabu depan selepas menang 3-2 di Jerman.

Begitupun, laluan Liverpool jauh lebih berliku selepas diikat tanpa jaringan oleh gergasi Jerman, Bayern dalam perlawanan pertama di Anfield.

Namun begitu, jika anak-anak buah Jurgen Klopp berjaya mengatasi halangan getir di Allianz Arena, habuan besar bakal menanti mereka iaitu mencecah 9 juta pound (RM48.27 juta).

Sekiranya melangkah ke separuh akhir pula, Reds bakal menikmati 10.32 juta pound (RM55.34 juta), dan kemaraan ke final membolehkan mereka meraih 12.9 juta pound (RM69.18 juta).

Bonus tambahan 3.44 juta pound (RM18.45 juta) bakal dinikmati Liverpool jika berjaya bergelar juara, lapor akhbar Britain, The Mirror. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini