Jangan ada unsur politik - Utusan Malaysia

Jangan ada unsur politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mac- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu bergerak bersama-sama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sebalik penubuhan unit pemantau bagi mengawasi penulisan atau provokasi bersifat menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam.

Malah, penubuhan unit tersebut juga perlu bebas dan tidak dipengaruhi apa jua pengaruh politik atau campur tangan daripada mana-mana pihak.

Penegasan tersebut dibuat Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahya yang menggesa tindakan tegas terhadap pesalah dapat dikenakan dengan sewajarnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jakim perlu lebih proaktif dan bergerak bekerjasama dengan NGO Islam supaya pemantauan lebih efektif di samping Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Tindakan selanjutnya terhadap pesalah juga bukan diserah kepada Peguam Negara semata-mata yang kita ketahui tidak begitu sensitif dalam soal seperti ini,” katanya ketika di hubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Beliau mengulas penubuhan unit pemantau di bawah Jakim bagi mengawasi penulisan atau provokasi yang bersifat menghina Nabi Muhammad serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini