Pengawal keselamatan cedera dipukul individu tidak dikenali - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan cedera dipukul individu tidak dikenali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Seorang pengawal keselamatan cedera selepas dipukul dengan objek dipercayai kayu oleh seorang lelaki tidak dikenali sewaktu sedang melakukan rondaan di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Bangi dekat sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, dalam kejadian sekitar pukul 1.10 pagi itu, mangsa yang berusia 64 tahun cedera di kepala serta hampir pengsan akibat dipukul.

“Sewaktu kejadian, mangsa yang menetap di Kampung Sungai Ramal Dalam itu turut menyedari kehadiran beberapa lagi lelaki yang tidak dikenali di lokasi.

“Selepas memukul mangsa, kesemua suspek bertindak melarikan diri sebelum mangsa kemudiannya tampil membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Bandar Baru Bangi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Ahmad Dzaffir, usaha mengesan kesemua suspek terlibat sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini