Perdana Menteri tiba di Manila untuk lawatan tiga hari - Utusan Malaysia

Perdana Menteri tiba di Manila untuk lawatan tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali tiba di Manila hari ini untuk lawatan tiga hari ke Filipina.  

Beliau tiba di Pangkalan Udara Bulwagang Kalayaan Villamor pada pukul 7.50 malam (waktu tempatan) dan disambut oleh Setiausaha Teknologi dan Maklumat Filipina, Eliseo M Rio.

Turut hadir untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri ialah Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah, Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Manila, Rizany Irwan Muhamad Mazlan dan lain-lain pegawai tinggi Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Esok, Mahathir dijadual untuk menyampaikan ucap utama sempena pertemuan beliau dengan pemimpin  industri di Filipina di Forum Perniagaan Malaysia-Filipina sebelum bertemu bekas Presiden dan Yang Dipertua Dewan Perwakilan Filipina, Gloria Macapagal Arroyo diikuti dengan satu perjumpaan dengan Penasihat Presiden mengenai Keusahawanan dan Perniagaan ASEAN, Jose Ma Concepcion III.

Mahathir juga akan menghadiri upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Rizal, di sini sebelum menghadiri upacara acara sambutan tetamu kehormat negara di Istana Malacanang. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini