Red Bull hampiri Mercedes, Ferrari - Utusan Malaysia

Red Bull hampiri Mercedes, Ferrari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus pasukan Red Bull, Christian Horner percaya jurang kualiti melibatkan pasukannya dengan dua pencabar utama, Mercedes dan Ferrari sudah tidak terlalu ketara sekali gus menyaksikan perebutan Kejuaraan Dunia Formula Satu (F1) musim ini masih terbuka.

Kata Horner, pasukannya telah membekalkan jentera terbaik untuk dua pemandu utama mereka musim ini, Max Verstappen dan Pierre Gasly percaya kerjasama baharu yang dijalinkan bersama Honda akan memberi impak positif.

“Selepas mengharungi sesi ujian pramusim rasmi di Barcelona baru-baru ini, kami sudah mengenal pasti kelemahan dan kekurangan yang ada pada jentera pasukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, kami juga dapat melihat kebangkitan pasukan Ferrari yang telah mencatat masa terpantas (sesi ujian) manakala Mercedes selaku juara bertahan sudah tentu akan terus memberi saingan sengit.

“Namun, saya percaya jurang kualiti antara pasukan kami dengan mereka tidak terlalu jauh dan saya yakin apabila saingan musim ini bermula pada Grand Prix (GP) Australia nanti kami akan menunjukkan potensi yang sebenar.

“Ini kerana enjin baharu yang dibekalkan oleh Honda cukup berkuasa dan saya percaya dalam tempoh hampir dua minggu ini, jentera kami akan memberi saingan sengit kepada Mercedes dan Ferrari” kata Horner.

Pasukan Mercedes merupakan juara dunia bagi kategori pengeluar selama lima musim berturut-turut manakala kali terakhir Red Bull berjaya meraih gelaran tersebut adalah pada musim 2013. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini