Hapus pelajaran agama tidak benar - Utusan Malaysia

Hapus pelajaran agama tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 6 Mac – Menteri Agama, Lukman Hakim Saifuddin menegaskan pelajaran agama tidak mungkin dilenyapkan di Indonesia.

Bahkan jelasnya, siapapun yang akan terpilih sebagai Presiden pada pilihan raya umum (Pemilu) 2019 tidak akan menghapuskan pelajaran tersebut.

“Saya yakin siapapun Presiden, tidak akan mungkin menghapuskan pelajaran agama di negara ini,” katanya ketika ditemui di Pejabat Naib Presiden di Jalan Medan Merdeka Utara dekat sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hal itu disampaikan beliau susulan munculnya video berisi fitnah yang tular dalam media sosial menampilkan seorang wanita mendakwa pelajaran agama akan dihapuskan jika Joko Widodo atau Jokowi kembali dipilih sebagai Presiden Indonesia.

Lukman Hakim seperti dipetik portal berita Republika berkata, dakwaan tersebut tidak benar dan selaku anggota kerajaan yang menjaga hal ehwal agama Islam, pihaknya memberi jaminan tidak akan berlakunya seperti didakwa dalam video tersebut.

“Indonesia adalah negara yang sangat menjaga hal ehwal agama Islam. Selaku Menteri Agama, saya memberi jaminan bahawa perkara itu (seperti yang didakwa dalam rakaman video) tidak akan terjadi. Apalagi nilai-nilai Islam (tidak akan hilang) kerana majoriti bangsa ini adalah Muslim,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini