Akhbar Sepanyol meratapi kekalahan Real - Utusan Malaysia

Akhbar Sepanyol meratapi kekalahan Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 6 Mac – Kekalahan memalukan Real Madrid selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara dianggap media Sepanyol sebagai satu `kematian’ buat kelab itu.

AKHBAR Sport menggunakan gambar seorang pemain Real Madrid yang menutup wajahnya dengan jersi dengan tajuk muka depan Berakhirnya Era Real, selepas mereka menyifatkan tersingkir di peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara adalah sesuatu yang memalukan.

Kelab gergasi Sepanyol tersebut berjaya merangkul empat trofi kejohanan elit di pentas Eropah itu dalam tempoh lima musim, tetapi kali ini, penyingkiran mereka adalah yang terburuk sejak 2010 setelah Ajax membenam Real 4-1 di Bernabeu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Akhbar berpangkalan di Madrid, MARCA melaporkan kesedihan mereka tentang kekalahan itu di muka depan dengan tajuk ‘Berakhirnya perjuangan pasukan yang mencipta sejarah’.

Real telah mendominasi pertandingan itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi mereka terpaksa melihat bayang-bayang sendiri sejak Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab itu untuk menyertai Juventus, musim panas lalu.

Akhbar Sport pula menggunakan gambar seorang pemain Real yang menutup wajahnya dengan jersi dengan tajuk muka depan ‘Berakhirnya Era Real’, selepas mereka menyifatkan tersingkir di peringkat 16 terbaik adalah sesuatu yang memalukan.

“Real ditimpa kekalahan KO di Bernabeu yang menyingkirkan mereka daripada Liga Juara-Juara,” lapor berita muka depan akhbar tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini