Anak cerewet makan? - Utusan Malaysia

Anak cerewet makan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMPUNYAI anak kecil yang memilih makanan atau terlalu cerewet dalam pemakanan pasti sangat memenatkan buat ibu-ibu yang bimbang mengenai tumbesaran dan kesihatan si kecil.

DR. TAN SUE YEE
DR. TAN SUE YEE 

Waktu makan mungkin menjadi waktu yang paling getir atau ‘medan pertempuran’ bagi memujuk si kecil mengambil makanan yang sihat untuk minda dan tumbesarannya.

Namun, ibu-ibu sebenarnya tidak perlu bimbang sekiranya si kecil anda seorang yang cerewet dalam pemakanan atau ‘picky eaters’ kerana ia bukan suatu permasalahan yang serius.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hal ini dijelaskan oleh pakar nutrisi, Dr. Tan Sue Yee yang menyifatkan kebimbangan ibu terhadap si kecil yang terlalu memilih makanan merupakan permasalahan yang disalah erti.

Katanya, tanpa ibu-ibu ketahui, si kecil sebenarnya mendapat nutrisi makanan secukupnya dan membesar dengan sihat walaupun kelihatan seperti mereka kurang makan atau susah untuk makan.

“Sebenarnya kanak-kanak ini berubah setiap hari. Ada hari dia suka makanan ini, ada hari dia suka makanan itu. Jadi, kita tidak boleh cakap dia tidak dapat nutrisi yang cukup.

“Si kecil yang memilih makanan mungkin akan mengalami jisim berat badan (BMI) yang kurang tetapi masih berada dalam julat normal,” katanya pada majlis pelancaran Dugro Sure dan Dugro Complete di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Tambahnya, memilih makanan merupakan tingkah laku normal si kecil dan ia perlu diurus secara bijak oleh ibu bapa.

“Ibu bapa tidak sepatutnya menilai tumbesaran anak-anak dengan mata kasar dan jangan berpegang kepada prinsip bahawa anak yang sihat harus bertubuh besar dan berisi.

“Kalau anak anda kurus bukan bermakna dia tidak sihat. Dia mungkin kelihatan tidak berisi tetapi jika pemakanannya seimbang, dia adalah sihat secara klinikal.

“Apa yang perlu dilakukan ialah memberikan makanan yang seimbang kepadanya dan dipelbagaikan setiap hari, menggalakkan tingkah laku makan yang sihat dan makan dalam kuantiti yang mencukupi,” ujarnya lagi.

Selain itu, ibu bapa juga harus memantau tumbesaran anak-anak secara berterusan kerana boleh membantu tumbesaran optimum, memberi pengetahuan mengenai proses tumbesaran serta dapat mengenal pasti jika anak berisiko mengalami kekurangan zat makanan.

ELSPETH HINDLE
ELSPETH HINDLE 

Dalam pada itu, Danone Dumex Malaysia baru-baru ini memperkenalkan dua produk terbaharunya iaitu Dugro Complete dan Dugro Sure untuk kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun.

Dugro Sure diformulasikan untuk menyokong kanak-kanak mencapai pertumbuhan yang sesuai, kaya dengan nutrisi untuk tumbesaran seperti protein, kalsium, vitamin D dan zink.

Namun, Pengarah Healthcare Nutrition Danone Dumex Malaysia, Elspeth Hindle berkata, ia bukan penyelesaian untuk mempercepatkan tumbesaran kanak-kanak dalam jangka masa yang pendek.

“Danone Dumex komited dalam memberi sokongan terhadap keperluan kesihatan dan pemakanan kanak-kanak di Malaysia. Sehubungan itu, kami memperkenalkan dua produk baharu Dugro Complete dan Dugro Sure iaitu dua formula susu berbeza untuk menyokong pelbagai keperluan pertumbuhan kanak-kanak agar mereka dapat mencapai potensi sepenuhnya.

“Dugro Complete dirumus khas untuk membantu kanak-kanak yang mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang kurang memuaskan. Dugro Sure pula merupakan susu formula yang direka untuk menyokong tumbesaran fizikal optimum kanak-kanak,” ujarnya.

Tambahnya, Dugro Complete mengandungi kalori tinggi untuk memberikan tenaga bagi menyokong tumbesaran kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan dan tumbesaran terbantut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini