Barang kemas bernilai RM400,000 dilarikan tiga lelaki bersenjatakan pistol - Utusan Malaysia

Barang kemas bernilai RM400,000 dilarikan tiga lelaki bersenjatakan pistol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Hanya dalam tempoh dua minit tiga lelaki bersenjatakan pistol melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM400,000 milik sebuah kedai emas dalam satu kejadian di tingkat bawah Pasar Raya Econsave di Taman Segar Perdana sebentar tadi.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, tiga lelaki yang lengkap bertopeng itu dikatakan memasuki premis berkenaan sebelum melarikan empat dulang berisi pelbagai jenis barang kemas di bahagian kaca pameran.

Ketiga -tiga suspek itu kemudian melarikan diri, namun sebuah motosikal yang ditunggangi mereka ditinggalkan di pintu masuk pasaraya berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan ini merupakan kali pertama kedai emas itu dirompak.

Sehingga kini, pihak forensik masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan difahamkan satu sidang akhbar akan dibuat oleh Ketua Polis Daerah Kajang sebentar lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini