Kereta terbakar tiba-tiba di Balakong - Utusan Malaysia

Kereta terbakar tiba-tiba di Balakong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Seorang lelaki menghadapi detik cemas apabila kereta yang dipandunya tiba-tiba terbakar dalam satu kejadian di Taman Industri Desa Jaya, Balakong di sini pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Bomba Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.54 pagi.

“Lima anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika sampai di sana, sebuah kereta jenis Mercedes Benz berwarna perak didapati sedang terbakar di bahagian belakangnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Beliau menambah, kebakaran tersebut melibatkan bahagian kanan but kereta itu yang terbakar sebanyak lima peratus.

“Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan dengan bantuan pasukan Bomba Sukarela yang turut berada di lokasi.

“Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memadamkan kebakaran tersebut,” ujarnya.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN