MPKK tolak Streram tidak beri kelebihan pada saya - Tanggam - Utusan Malaysia

MPKK tolak Streram tidak beri kelebihan pada saya – Tanggam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 6 Mac – Ketua PKR Cabang Rembau, R. Tanggam tidak menganggap penolakan 11 pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau terhadap timbalannya, Dr. S. Streram sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) memberi kelebihan kepadanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, beliau tidak mahu campur tangan dalam isu tersebut dan enggan memikirkan bahawa bantahan itu boleh memberi keuntungan politik kepadanya.

“Terpulang kepada mana-mana pihak membuat apa-apa bantahan. Itu hak mereka.

“Akhirnya, rakyat sendiri yang menilai siapa yang mereka mahukan sebagai pemimpin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau diminta mengulas bantahan MPKK dalam DUN Rantau yang tidak mahu Dr. Streram sebagai calon PRK pada 14 April ini.

Tanggam berkata, beliau menganggap dirinya sama taraf dengan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai anak jati dalam DUN tersebut.

“Jika Mohamad berkata bahawa beliau sanggup hidup dan mati di Rantau maka saya juga sanggap hidup dan mati di Felda Sendayan yang juga dalam DUN yang sama,” ujarnya.

Bagaimanapun, tambahnya, pada akhirnya Majlis Presiden PH yang akan membuat keputusan muktamad mengenai siapa calon bagi PRK DUN Rantau dan semua pihak perlu akur dengan keputusan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini