Parah dikelar teman lelaki kakak - Utusan Malaysia

Parah dikelar teman lelaki kakak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 6 Mac – Akibat berselisih faham dengan teman lelaki kepada kakaknya, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun cedera parah selepas dikelar pada perut dalam satu pergaduhan di rumah keluarganya di Taman Seri Kijang, Bukit Mertajam di sini, kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, mangsa yang merupakan seorang pelajar cedera pada perut, kaki dan tangan dipercayai dikelar menggunakan sebilah parang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata,

hasil siasatan mendapati, kejadian itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati di antara mangsa dan teman lelaki kakaknya itu kerana mangsa tidak menyukai suspek menumpang di rumah keluarganya.

“Suspek yang berusia 20 tahun adalah teman lelaki kakak mangsa dan mangsa memberitahu dia mahu memukul suspek dan kakaknya jika ternampak mereka di rumah itu.

“Suspek telah membawa parang dan rotan dari rumahnya di Parit Buntar, Perak sebelum pergaduhan tercetus ketika suspek dan kakak mangsa baru pulang dari rumah keluarga suspek,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini