Pindaan undang-undang : PDRM kemuka cadangan - Utusan Malaysia

Pindaan undang-undang : PDRM kemuka cadangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan berhubung undang-undang yang akan digubal, dipinda, diperbaharui serta dimansuhkan sebelum dibentangkan di Parlimen, Isnin depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pasukan khas telah ditubuhkan sejak enam bulan lalu yang diketuai pegawai perundangan bagi mengkaji perkara ini.

“Pasukan khas ini meliputi pucuk pimpinan tertinggi PDRM, pegawai kanan, ketua polis negeri, pegawai peringkat bawahan, anggota peringkat rendah, persatuan serta pesara polis.

“Kita telah kemukakan cadangan kepada pihak kerajaan mengenai apa yang sesuai dipinda secara lisan dan bertulis.

“Selain itu, kita juga meminta pihak kerajaan memikirkan isu-isu kebajikan pegawai dan anggota polis yang kurang diambil perhatian sebelum ini,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan anugerah kepada wakil jabatan dan individu dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM tahun 2018, di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong memaklumkan lebih 100 undang-undang akan digubal, dipinda, diperbaharui dan dimansuhkan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini