TPA M-14 berlepas esok - Utusan Malaysia

TPA M-14 berlepas esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mac- Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao 14 (TPA M -14) akan berlepas esok ke Mindanao, Filipina bagi melaksanakan misi pemantauan dan perjanjian damai antara kerajaan negara itu dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Memuatkan artikel berkaitan…

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, kumpulan tersebut akan disertai 11 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta tiga pegawai kerajaan dari Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Katanya, kumpulan diketuai oleh Mejar Jeneral Datuk Yaacob Samiran ini merupakan pertukaran tim terdahulu yang akan bertugas selama setahun bagi memenuhi hasrat dan perjanjian antara Filipina serta Malaysia.

“Situasi keselamatan di Mindanao baru-baru ini agak tegang berikutan peningkatan insiden keganasan yang didalangi kumpulan militan dan penjenayah disamping pertempuran akibat masalah pertikaian hak milik tanah, politik dan keluarga.Ini jelas menunjukkan zon berkenaan tidak stabil dan merbahaya.

“Oleh itu, kita berharap dapat wujudkan keadaan kondusif dalam menjalankan proses rundingan damai sehingga wilayah tersebut mendapat keamanan sepenuhnya,” katanya menerusi ucapan yang dibacakan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd.Nawawi dalam Majlis Perasmian Penubuhan Tim TPA M-14 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini