Mahkamah tetapkan 18 April untuk pengurusan kes Kuil Sri Maha Mariamman - Utusan Malaysia

Mahkamah tetapkan 18 April untuk pengurusan kes Kuil Sri Maha Mariamman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 6 Mac – Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 18 April depan sebagai tarikh pengurusan kes melibatkan 18 lelaki yang didakwa terlibat dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, dekat sini, 26 November tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tarikh tersebut ditetapkan Majistret Nor Arifin Hisham selepas dokumen untuk diserahkan kepada pihak pembelaan belum dilengkapkan oleh pihak pendakwaan.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran sementara semua tertuduh diwakili tiga peguam bela iaitu Mohd. Hezri Shaharil, Ahmad Faiq Azizan dan Azlan Roni.

Pada masa sama, mahkamah turut dimaklumkan seorang tertuduh kes itu, Mohd. Khairi Abd. Rashid tidak hadir pada sebutan semalam kerana ditahan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bagi membantu siasatan untuk kes berasingan.

Perkara itu dimaklumkan penjaminnya di hadapan Nor Ariffin.

Sejak 4 Disember lalu, seramai 18 individu didakwa melibatkan diri dalam rusuhan dengan memiliki senjata berbahaya untuk menyerang.

Selain Mohd Khairi, mereka yang didakwa dalam kes ini termasuk Mohd. Ashraf Mohd Faisal, Absal Evastrie Abdullah, Muhamed Jalil Talib, Muhammad Khairol Anuar Zabidi, Muhd. Zamri Md Said, Shukri Razali, Afizal Sabtu, Nor Azmi Abdul Ghani, Muhammad Ridzuan Sekh Ruslan, Rozaihan Jamaludin, Mohammad Shahril Danniel Sajel, Mohammad Saifullah Abdullah, Muhammad Hasneezam Shah Samsudin, Akmal Izzat Aziz dan Mohd. Norul Ismawi Islahuddin.

Perbuatan yang dilakukan tertuduh berumur 18 hingga 50 tahun itu didakwa dilakukan diantara pukul 2 pagi hingga 5 pagi, 26 November lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dipenjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini