Air kolam ikan makin surut - Utusan Malaysia

Air kolam ikan makin surut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Cuaca panas berpanjangan lebih sebulan lalu mencemaskan penternak ikan di Kampung Lepan Jaya di sini apabila air di lapan buahkolam yang berisi 100,000 ekor ikan air tawar termasuk ikan kelah semakin surut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Situasi itu membimbangkan Mat Nawi Hussin, 60, kerana bakal berdepan kerugian RM500,000 sekiranya kolam ikannya tidak cukup bekalan air.

Mat Nawi berkata, ketika ini dia hanya bergantung kepada bekalan air simpanan di sebuah kolam yang disambung terus ke kolam ikan miliknya dengan menggunakan 25 batang paip.

Katanya, dia bimbang jika cuaca panas berlarutan bekalan air simpanannya juga akan semakin kering dan kehabisan.

“Kita bimbang dengan keadaan cuaca sekarang apabila air di kolam ikan sudah surut dua kaki apabila hujan tidak turun sejak lebih sebulan lalu.

“Ketika ini saya bergantung kepada sumber   air parit berdekatan dan air dari kaki gua berhampiran,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Mat Nawi berkata, dia telah mengusahakan penternakan ikan air tawar sejak lebih 25 tahun lalu dan antara ikan air tawar yang terdapat di kolamnya ialah ikan kelah, ikan patin, tilapia dan tongsan. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini