Perlis kekal 'disenarai hitam' - Utusan Malaysia

Perlis kekal ‘disenarai hitam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASUKAN Perlis tidak boleh beraksi pada mana-mana liga divisyen tiga atau empat selagi mereka tidak menyelesaikan isu yang terpalit dalam Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam menegaskan, tiada peluang kedua buat Perlis dan mereka tidak dibenarkan mendaftarkan pemain dalam ­mana-mana liga jika masalah yang berkait belum diselesaikan.

“Sedia maklum, Perlis memang sudah tersingkir daripada sai­ngan Liga Malaysia (Liga M) apabila keputusan muktamad telah diputuskan sebelum ini.

“Jika PFA mahu mendaftar pa­sukan dalam mana-mana liga sekali pun, mereka perlu selesaikan segala isu yang berkait terlebih dahulu.

“Buat masa ini, pendaftaran mereka dalam mana-mana piramid liga memang tidak boleh diterima jika pasukan masih bergelut dengan masalah yang dihadapi,” katanya kepada pemberita selepas majlis undian pu­singan kedua Piala FA di Petaling Jaya semalam.

Perlis sebelum ini telah digugurkan daripada saingan Liga Premier pada 20 Februari lalu selepas gagal memberikan bukti serta dokumen kewangan yang kukuh kepada MFL.

Kevin juga menjelaskan, keputusan berkaitan geran membabitkan Perlis hanya akan diketahui pada 15 Mac ini selepas Ahli Lembaga Pengarah MFL mengadakan mesyuarat nanti.

“Berkaitan geran untuk pasukan Perlis, ia perlu menunggu keputusan daripada Ahli Lem­baga Pengarah yang akan mengadakan mesyuarat nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN