BERSEMANGAT. Seramai 219 pelajar menyertai Program Jutawan Komunikasi yang diadakan di Kolej Komuniti Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.
Program anjuran syarikat penyedia latihan, ZL Training & Consultancy dengan kerjasama Kolej Komuniti Pasir Gudang itu bertujuan untuk memupuk kemahiran komunikasi dalam kalangan peserta.
Pengerusi Eksekutifnya, Zainul Luqman Zainul Ikhwan berkata, pihaknya yakin kemahiran komunikasi dan program yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Pasir Gudang berupaya melahirkan jutawan muda yang mantap.
Memuatkan artikel berkaitan…
Katanya, semua pihak diharap dapat memberikan sokongan penuh dalam membentuk kejayaan generasi pada masa akan datang.











