'Anda fikir ini Playstation' - Utusan Malaysia

‘Anda fikir ini Playstation’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 4 MAC – JURGEN Klopp menolak dakwaan bahawa Liverpool tidak cukup bekerja keras bagi memenangi pertembungan derby Merseyside menentang Everton, hari ini.

Liverpool meraih keputusan seri tanpa jaringan buat kali ketiga daripada empat perlawanan terakhir dalam semua pertandingan di Goodison Park dan sekali gus menyaksikan Manchester City memiliki kelebihan satu mata mengatasi Reds di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris.

Memuatkan artikel berkaitan…

Klopp memilih mengekalkan Divock Origi, pemain yang menjaringkan gol kemenangan di Anfield, Disember lalu berbanding memasukkan Roberto Firmino selepas penyerang Brazil itu terlepas aksi menentang Watford, Rabu lalu. Origi hanya memberi laluan kepada Firmino pada minit ke-63. Bagaimanapun, Klopp mempertahankan keputusan pemilihan pemain untuk aksi derby itu.

“Kami bukan main Playstation. Apakah kami tidak cukup berani untuk ambil risiko? Soalan ini memang sangat mengecewakan. Saya boleh katakan, anda melihat perkara ini sebagai sesuatu yang cukup mudah. Saya minta pemain ambil risiko.

“Adakah sebarang petanda yang kami tak berusaha untuk menang? Seorang penyerang masuk bermain secara liar dalam sembilan perlawanan? Anda fikir ini Playstation? Bawa masuk penyerang tambahan dan permainan akan berubah. Bukan semudah itu!,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini