Sawit tetap diutamakan - Utusan Malaysia

Sawit tetap diutamakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 MAC – KERAJAAN tidak akan menggantikan kelapa sawit dengan tanaman lain memandangkan pendapatan negara daripada eksport komoditi itu dan produk berasaskan sawit mencecah kira-kira RM80 bilion setahun.

Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin sebaliknya berkata, tanaman buluh, nanas dan kelapa hanyalah cadangan alternatif kepada para pekebun kecil dan bukan pengganti kepada kelapa sawit.

Katanya, sawit tetap merupakan tanaman utama malah pelbagai usaha untuk memaksimumkan permintaan sawit telah dan akan dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sedang melakukan program di seluruh negara untuk memberitahu pengguna bahawa setiap titis minyak sawit kita mempunyai kualiti yang tinggi.

“Kerajaan juga akan membantu memberikan inisiatif menjelang Januari 2020, semua ladang termasuk juga di Felda dan sebagainya akan mendapat satu tambah nilai,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini