Kashoggi dibakar dalam relau besar - Utusan Malaysia

Kashoggi dibakar dalam relau besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH 4 MAC – MAYAT wartawan Washington Post yang dibunuh, Jamal Kashoggi berkemungkinan dibakar dalam ketuhar besar di kediaman Konsulat Jeneral Arab Saudi di Istanbul, Turki.

Butiran terbaharu pembunuhan Jamal itu disiarkan semasa satu dokumentari Al-Jazeera Arabic, semalam.

Pihak berkuasa Turki memantau kesan terbakar relau di luar kediaman itu selepas beg dipercayai mengandungi bahagian mayat Jamal dipindahkan ke rumah konsulat Arab Saudi sejurus beliau dibunuh di dalam konsulat yang terletak hanya beberapa ratus meter dari situ.

Wartawan Al-Jazeera mene­mubual pekerja yang membina relau tersebut dan dia menyatakan struktur itu dibina berpandukan spesifikasi dari konsulat Arab Saudi.

Menurut pekerja terbabit, relau berkenaan perlu dibina lebih dalam dan mampu menahan suhu melebihi 1,000 darjah Celcius.

Pihak berkuasa Turki turut menyatakan beberapa beg da­ging turut dimasak dalam ketuhar itu selepas Jamal dibunuh bagi menutup bukti berlakunya pembakaran mayat mangsa.

Mayat Jamal dipercayai dibakar dalam tempoh tiga hari.

Penyiasat Turki turut me­nemukan kesan darah Jamal di dinding pejabat Konsulat Arab Saudi selepas mereka membuang cat pada dinding ber­kenaan.

Mereka mendakwa pasukan pembunuh Arab Saudi mengecat dinding tersebut selepas pembunuhan Jamal pada 2 Oktober tahun lalu.

Dokumentari terbabit berdasarkan temubual dengan anggota keselamatan, ahli politik dan beberapa rakan Jamal yang merupakan warga tempatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×