Indonesia sedang 'berdarah' - Prabowo - Utusan Malaysia

Indonesia sedang ‘berdarah’ – Prabowo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 4 MAC – CALON Presiden nombor dua, Prabowo Subianto sekali lagi membangkitkan isu ketirisan belanjawan negara ini dan mengibaratkan Indonesia seperti badan yang sedang berdarah.

Lapor Detik News, semasa pidato kebangsaan Gabungan Pencerah Indonesia (API) bersama Muhammadiyah, beliau sekali lagi mengungkit laporan hasil perlombongan negara ini yang berbeza.

“Yang dilaporkan hanya AS$15 juta (RM61 juta) walhal yang dilombong sebanyak AS$30 juta (RM122 juta), itu kan AS$150 juta dolar (RM611 juta) setahun bagi setiap satu perlombongan, Indonesia kehilangan wang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu yang saya maksudkan sebagai kebocoran. Itu yang dipanggil sebagai pendarahan. Indonesia sedang berdarah,” katanya di sini semalam.

Prabowo membandingkan keadaan Indonesia yang ‘berdarah’ itu dengan tubuh manusia semasa berdarah dan mendakwa keadaan itu sudah berterusan di negara ini hampir bertahun-tahun.

“Indonesia sebuah negara yang kaya tetapi sedihnya kita sudah bertahun-tahun hidup dalam keadaan sebegini. Keba­nyakan golongan elit tidak mahu me­ngakui atau melihat realiti ini,” jelasnya.

Prabowo memberitahu, ma­salah ‘pendarahan’ itu boleh diatasi dengan penyelesaian sementara iaitu dengan menggunakan kaedah ‘pemindahan darah’ atau hutang.

“Pendarahan, pemindahan darah. Jadi kita hidup sekarang dengan hutang, bukannya bergantung kepada hasil bumi, keuntungan, tabungan kita sendiri. Ini yang harus kita hentikan pendarahan kekayaan Indonesia,” katanya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini