Cabaran Malaysia berakhir di separuh akhir - Utusan Malaysia

Cabaran Malaysia berakhir di separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mac – Harapan untuk menyaksikan wakil Malaysia beraksi di pentas final kejohanan badminton Siri Jelajah Super 300 Terbuka Jerman tidak kesampaian selepas kesemuanya terkandas di separuh akhir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Juara bertahan acara terbuka campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai tewas 17-21, 12-21 kepada pilihan kelapan dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung manakala Goh Jin Wei tunduk 14-21, 11-21 kepada pemain No.5 dunia dari Jepun, Akane Yamaguchi.

Sebelum ini, Jin Wei berjaya menundukkan Yamaguchi di Siri Jelajah Dunia 300 Malaysia Masters namun tidak mampu mengulangi aksi cemerlang itu di Jerman.

Pemain berusia 19 tahun itu mengakui dia cuba menampilkan aksi sebaik mungkin dalam perlawanan itu tetapi lawannya lebih berpengalaman.

“Dalam perlawanan ini saya tidak fikir banyak, hanya main sahaja dan cuba bermain sebaik mungkin,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Aksi cemerlang yang ditampilkan pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani juga terhenti di peringkat empat terbaik selepas mereka tewas 10-21, 12-21 kepada pilihan kedua dari Jepun, Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN