Liga hoki: UniKL bangga pencapaian keseluruhan - Utusan Malaysia

Liga hoki: UniKL bangga pencapaian keseluruhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden Kelab Hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Datuk Amir Azhar Ibrahim secara keseluruhan berbangga dengan kejayaan UniKL menjuarai Liga Hoki Malaysia (MHL) 2019 walaupun terpaksa akur gagal mempertahankan gelaran Piala TNB dimenangi musim lalu pada edisi tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hasrat UniKL untuk bergelar juara berganda musim ini tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada Pasukan Hoki Terengganu (THT) pada aksi final Piala TNB di Stadium Tun Razak, Jalan Duta di sini semalam.

Ketiadaan trio import dari Belanda, Robbert Kemperman, Valentin Verga dan Martijn Havenga serta penjaga gol Ireland, David Harte yang tidak dapat beraksi kerana peraturan Persekutuan Hoki Eropah (EHF) dilihat sebagai faktor utama kegagalan UniKL pada aksi final semalam.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian keseluruhan kami musim ini dan sudah tidak sabar untuk mengharungi saingan tahun depan dengan lebih baik. Semestinya saya berharap dapat menggunakan lagi khidmat empat tonggak import ini,” kata Amir Azhar yang juga pengurus pasukan UniKL.

Sementara itu, Amir Azhar mengesahkan, Stadium Tengku Abdullah di Bangi yang merupakan ‘rumah’ kepada UniKL akan ditutup bermula minggu ini untuk kerja-kerja pengubahsuaian membabitkan keadaan permukaan padang, pencahayaan lampu limpah serta pemasangan papan skor elektronik.

Dalam perkembangan sama, ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj menggesa Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) agar mengeluarkan jadual pertandingan Liga Hoki Malaysia (MHL) tahun depan lebih awal agar dapat membantu pasukan-pasukan melakukan persiapan rapi terutama dari segi mendapatkan khidmat pemain-pemain import. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN