Pelancong China cedera diragut - Utusan Malaysia

Pelancong China cedera diragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mac – Seorang pelancong warga China cedera selepas beg tangannya diragut seorang lelaki bermotosikal di hadapan pusat beli belah KLCC, Jalan Ampang di sini, Jumaat lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…
Mangsa yang cedera di kepala dan muka dibantu oleh orang ramai selepas diragut, Jumaat lalu.
Mangsa yang cedera di kepala dan muka dibantu oleh orang ramai selepas diragut, Jumaat lalu. 
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa dikenali sebagai Chen Yuezhen berusia 63 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka sebelah kiri.
 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, berikutan kejadian itu, wanita tersebut mengalami kerugian wang tunai sebanyak 400 Yuan (RM243), pasport, dompet serta kad kredit.
 
“Ketika berada di hadapan KLCC, mangsa yang bersama rakannya didatangi seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha berwarna hitam sebelum diragut.
 
“Akibat kejadian tersebut, mangsa telah mendapat kecederaan di kepala dan muka sebelah kiri serta telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
 
Menurut Shaharuddin, rakan mangsa yang menyaksikan kejadian tersebut tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira sejam kemudian.
Tambahnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN