DUBAI 3 Mac – Lima kanak-kanak Yemen terbunuh dalam serangan di rumah mereka dalam wilayah bergolak Hodeida dengan beberapa bulan tempoh genjatan telah dipersetujui kerajaan dan pemberontak.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF), Henrietta Fore dalam kenyataan semalam, lima kanak-kanak tersebut sedang ‘bermain di rumah’ ketika terbunuh pada Khamis lalu.
“Setiap hari, lapan kanak-kanak terbunuh atau cedera merentasi 31 zon konflik aktif di negara ini,” katanya.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diberikan mengenai pelaku dan serangan berkenaan. – AFP











