Muhammad Azeem 'putera pecut' ASEAN - Utusan Malaysia

Muhammad Azeem ‘putera pecut’ ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Atlet muda negara beraksi cemerlang apabila memecahkan dua rekod temasya pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara 2019 di Kompleks Sukan Ilagan di Bandar Ilagan, Filipina hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Muhammad Azeem Mohd. Fahmi, 15, muncul “Putera Pecut” ASEAN selepas meraih pingat emas acara 100 meter (m) dengan mencatat rekod baharu kejohanan, 10.63 saat (s) sekali gus merupakan catatan terbaharu rekod kebangsaan bawah 15 tahun.

Rekod terdahulu kejohanan olahraga Asia Tenggara itu dipegang pelari muda Thailand, Rattanopon Sowan dengan masa 10.74s yang dilakukan pada edisi 2011 di Jakarta, demikian menurut keputusan diperoleh daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini.

Acara 100m lelaki itu juga menyaksikan dua kedudukan teratas milik atlet Malaysia selepas Muhammad Arsyad Md. Saat meraih pingat perak setelah mencatat 10.87s, manakala pelari Indonesia, Muhammad Ardiansyah memenangi gangsa dengan catatan 10.87s.

Sementara itu, atlet kelahiran Sarawak, Jonah Chang Rigan meleburkan rekod acara lontar peluru dengan balingan sejauh 18.03m, sekali gus memadamkan rekod seorang lagi atlet Thailand, Patcharapol Singrueang, 16.76m yang dicipta tahun lepas untuk meraih pingat emas. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN