Bayar balik atau pelajar baharu tidak dapat pinjaman PTPTN - Utusan Malaysia

Bayar balik atau pelajar baharu tidak dapat pinjaman PTPTN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan meminta agar peminjam PTPTN menjelaskan pinjaman mereka supaya wang tersebut boleh digunakan untuk memberi pinjaman kepada pemohon baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, kegagalan peminjam membayar balik pinjaman mungkin akan menjejaskan peluang pelajar-pelajar yang baharu memasuki institusi pengajian tinggi mendapat bantuan agensi itu.

“Sejak PTPTN diwujudkan 21 tahun lepas seramai 362,000 daripada 1.9 juta orang peminjam tidak membayar balik pinjaman mereka berjumlah RM2.7 bilion.

“Jika seorang peminjam dikecualikan membayar balik pinjaman, bermakna seorang pelajar baharu tidak akan mendapat pinjaman,” kata Wan Saiful  kepada Bernama pada jamuan Keluarga Persatuan  Melayu Perlis (Pemanis) di sini hari ini.

Beliau berkata, peminjam harus sedar wang yang digunakan untuk memberi pinjaman kepada mereka dipinjam oleh PTPTN daripada bank yang dikenakan faedah sebanyak lima peratus sedangkan pelajar dikenakan faedah satu peratus sahaja oleh PTPTN.

Menurutnya, sehingga sekarang PTPTN mempunyai hutang pokok dengan bank sebanyak RM40 bilion dan faedah pinjaman itu sahaja berjumlah RM12 bilion.

“PTPTN bagaimanapun masih mencari formula terbaik bagi meringankan beban peminjam supaya dapat membayar balik pinjaman di samping beban hutang PTPTN sendiri berkurangan,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN