IPOH – Pelaksanaan gaji minimum mengikut sektor hanya akan dilaksanakan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran.
Beliau berkata, mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, kajian semula mengenai gaji minimum harus dilakukan setiap dua tahun.
“Banyak orang tidak faham tentang hal gaji, ia ditentukan oleh satu jawatankuasa (Jawatankuasa Teknikal Perundangan Gaji Negara), menteri tidak ada kuasa.
“Sebelum pelaksanaan gaji minimum RM1,100 semua aspek perbincangan sudah diadakan, tetapi mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 ia akan dikaji semula dan pelaksanaannya bukan sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan ‘Meet (amp) Session’ di program Satria 4.0 (amp) TVET Seminar 2019 di Institut Perindustrian Ipoh (ILP) Meru. – Bernama











