LONDON 3 Mac – Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan Manchester United kini berkeyakinan tinggi dan saling mempercayai selepas menewaskan Southampton 3-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford hari ini.
Dalam aksi tersebut, jaringan Romelu Lukaku pada minit ke-89, yang juga gol keempatnya dalam dua perlawanan, membawa United kembali ke kedudukan empat teratas mengatasi Arsenal, yang seri 1-1 dengan Tottenham.
Berkata kepada MUTV dalam sidang akhbar selepas perlawanan, bos skuad Red Devils menghamparkan pujian kepada Andreas Pereira dan Lukaku, yang setia bekerjasama dalam usaha memastikan tiga mata berjaya disambar.
“Saya dapat menikmati setiap detik apabila saya berada dalam psosisi sebegini dan saya pasti.
“Dan sekali lagi, anda hanya mahukan anak-anak buah anda untuk memenangi sebanyak mungkin, untuk meraih apa yang mereka berhak kerana mereka sudahpun memberi keringat dan kepercayaan.
“Kami berbincang ketika waktu rehat berhubung Stretford End, yang biasanya bahagian tersebut selalu ‘menyedut’ bola. Dan nampaknya hari ini ia masih terjadi lagi.- AGENSI











