Tiga kereta, dua motosikal hangus dalam kebakaran bengkel - Utusan Malaysia

Tiga kereta, dua motosikal hangus dalam kebakaran bengkel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Sekurang-kurangnya tiga buah kereta dan dua buah motosikal dilaporkan musnah akibat dijilat api dalam kejadian kebakaran sebuah bengkel kenderaan di Kampung Manggis, Butterworth di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.50 petang itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran itu melibatkan sebuah bengkel jenis terbuka berkeluasan kira-kira 37 meter persegi.

“Peratusan kemusnahan bengkel tersebut dianggarkan kira-kira 90 peratus selain turut mengakibatkan tiga buah kereta dan dua buah motosikal hangus 90 peratus.

“Kebakaran kemudiannya telah dapat dikawal pada pukul 2.14 petang,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Jurucakap itu berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami masih dalam siasatan.

Operasi itu dilakukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth sambil dibantu pasukan bomba sukarela berdekatan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN