Lelaki maut jatuh pokok kerdas - Utusan Malaysia

Lelaki maut jatuh pokok kerdas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING – Seorang lelaki berusia 37 tahun ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari pokok kerdas di Kampung Surau, Mukim Siong di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mayat Mohamad Masri Abas (Gambar kecil) ditemui penduduk kampung dalam keadaan mengiring di bawah pokok setinggi kira-kira lima meter tersebut.

Penduduk kampung, Aliaz Aziz, 40, berkata, mangsa dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Surau untuk mencari buah kerdas kira-kira pukul 1.45 petang semalam.

“Mangsa keluar mencari buah kerdas atau lebih dikenali dengan nama buah genuak berseorangan dengan hanya membawa bekal air minuman tanpa memberitahu ibu bapanya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mangsa didapati tidak pulang sehingga lewat petang semalam sebelum keluarga dimaklumkan oleh penduduk kampung tentang penemuan mayat lelaki terbabit di bawah pokok kerdas.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan mengiring dengan salah satu kakinya patah,” ujarnya.
Tambahnya, mangsa yang belum berkahwin melakukan kerja-kerja kampung termasuk mencari ulam-ulaman seperti pucuk paku dan buah kerdas untuk dijual.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusuf berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari pokok kerdas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani untuk dibedah siasat,” katanya,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN