United mampu kejutkan PSG di Paris - Solskjaer - Utusan Malaysia

United mampu kejutkan PSG di Paris – Solskjaer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 3 Mac.- Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer yakin pasukannya mampu melakukan kejutan ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi timbal balik peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) minggu ini selepas kemenangan dramatik 3-2 mengatasi Southampton. malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jaringan kemenangan Romelu Lukaku pada minit ke-89 di Old Trafford yang juga gol keempatnya dalam dua perlawanan, membawa United kembali ke kedudukan empat teratas mengatasi Arsenal.

The Gunners sekadar seri 1-1 berdepan Tottenham.

Skuad Solskjaer mensasarkan untuk menukar kelebihan 2-0 yang dimiliki PSG pada saingan kedua kelompok 16 terakhir di Paris, awal pagi Khamis nanti.

“Bilik persalinan ceria, mereka gembira, tidak sabar menunggu Rabu. Kami akan bermain menentang satu daripada pasukan terbaik Eropah dengan pemain kualiti terhebat.

“Tetapi siapa yang tahu? Ini pernah berlaku sebelum ini, terlalu banyak kebangkitan hebat,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN