Remaja maut dirempuh bas ekspres - Utusan Malaysia

Remaja maut dirempuh bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR – Seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah bas ekspres selepas hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 406.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Beruntung di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Khairil Danial Hamidon, 19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan anggota badan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bukit Beruntung menghala ke Ulu Bernam telah hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang Perodua Viva di lorong tengah.

“Mangsa kemudian telah terjatuh di lorong kanan jalan sebelum dirempuh sebuah bas ekspres yang berada di lokasi kejadian dan difahamkan pemandu bas berkenaan tidak sempat mengelak mangsa kerana kejadian berlaku dengan pantas.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri di laluan tiga lorong itu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara pemandu bas ekspres dan Viva berkenaan pula tidak mengalami sebarang kecederaan namun kenderaan mereka mengalami kerosakan akibat kemalangan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN