TALLINN 3 Mac – Negara kecil zon Eropah, Estonia dengan 1.3 juta penduduk menghadapi pilihan raya parlimennya hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Negara itu merupakan salah satu daripada tiga negara Baltic yang menyertai Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada 2004 selepas 13 tahun keluar daripada keruntuhan Kesatuan Soviet.
NATO juga telah meletakkan batalion tentera pelbagai negara di negara itu pada 2017 bagi menghalang tindakan pihak Rusia yang berjiran dengan Estonia.
Terdahulu, Moscow melakukan pemilikan paksa pada 2014 terhadap Crimea dari Ukraine.
Selain itu, Estonia terkenal dengan penggunaan teknologi maklumat (IT) dengan membuat Skype, e-kerajaan, e-kediaman dan TransferWise iaitu pertukaran wang asing dalam talian. – AFP











