Bale dalam perancangan Solari - Utusan Malaysia

Bale dalam perancangan Solari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 2 Mac – Santiago Solari menegaskan Gareth Bale kekal dalam perancangannya menjelang aksi El Clasico, awal pagi esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bale hanya beraksi dalam dua perlawanan La Liga bagi tahun 2019 serta turun sebagai pemain gantian ketika tewas 0-3 dalam aksi kedua Copa del Rey kepada Barcelona, Rabu lalu.

Skuad bimbingan Solari berpeluang untuk menebus kekalahan tersebut dan merapatkan jurang sembilan mata dengan pendahulu La Liga itu ketika menerima kunjungan mereka di Santiago Bernabeu.

Masa depan Bale menjadi perbualan sejak beberapa minggu yang lalu, dengan pemain skuad kebangsaan Wales itu menunjukkan rasa tidak puas hati selain Marcelo dan Marco Asensio.

“Mereka masih penting buat pasukan. Bale telah bermain dalam setiap perlawanan sejak kembali pulih daripada kecederaan dan menjaringkan gol. Segalanya penting, bukan sahaja kesebelasan utama dalam setiap perlawanan, gelaran diraih menerusi keseluruhan pasukan,” katanya.

Solari turut mengesahkan Isco telah menjalani latihan penuh selepas pulih daripada kecederaan belakang dan bakal cergas untuk berdepan Barca. Ketika pemain skuad kebangsaan Sepanyol itu tidak dapat diturunkan, Solari tidak teragak-agak untuk terus menggunakan khidmat Vinicius Junior.

Pemain berusia 18 tahun itu menjadi pemain berpengaruh skuad pimpinan Solari, musim ini.

“Saya mengambil positif setiap usaha yang dipamerkan oleh pemain-pemain. Vinicius memiliki kebolehan, kualiti, dan keazaman untuk mempelajari dan menunjukkan dia mampu menyerap tekanan dalam tempoh yang singkat,” ujar Solari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN