Sarri perlu semai mentaliti Inggeris dalam diri - Utusan Malaysia

Sarri perlu semai mentaliti Inggeris dalam diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 2 Mac – Pemain Chelsea lebih gemar menjalani latihan berintensiti tinggi berbanding strategi taktikal kata pengendali The Blues, Maurizio Sarri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas pengendali Napoli itu berdepan situasi tidak menentu sejak beberapa minggu lalu terutama selepas mengalami perbalahan dengan Kepa Arrizabalaga semasa final Piala Liga selepas penjaga gawang itu enggan ditukarkan.

Pemain Sepanyol itu kemudian didenda, selain, digugurkan ketika perlawanan menentang Tottenham yang menyaksikan mereka menang 2-0.

Menjelang aksi menentang Fulham, Sarri mendedahkan bahawa dia perlu mengubah pendekatan semasa sesi latihan dengan menerapkan ‘mentaliti Inggeris’ dalam kalangan pemain yang dipercayai lebih fokus kepada intensiti berbanding taktikal.

“Saya masih dalam musim pertama saya di England dan saya mula memahami sesuatu. Saya sedar bahawa cabaran di sini lebih sukar kerana mentaliti pemain berbeza.

“Sebagai contoh, dengan pemain England, mereka mudah untuk menjalani sesi latihan berintensiti tinggi tetapi sukar untuk menjalani sesi taktikal. Berbeza di Itali, mereka senang dengan sesi taktikal berbanding latihan intensiti tinggi. Dua perkara yang berbeza.

“Ramai pemain yang sudah lama bersama kelab, jadi mentaliti mereka adalah seperti pemain England. Saya perlu faham perkara ini dan saya rasa saya juga perlu menyemai mentaliti Inggeris dalam diri saya,” katanya.

Ketika ditanya tempoh yang diperlukan Chelsea untuk memahami falsafah bola sepak dirinya, Sarri berkata: “Sukar untuk saya jawab. Kadang kala tiga bulan sudah memadai dan adakalanya memerlukan masa satu musim atau lebih. Kalau bertukar negara seperti sekarang ini, lebih panjang masa yang diperlukan.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN