[Tidak rasmi] BN menang, Asyraf Wajdi ucap terima kasih kepada pengundi Semenyih - Utusan Malaysia

[Tidak rasmi] BN menang, Asyraf Wajdi ucap terima kasih kepada pengundi Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mac – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan terima kasih kepada pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih selepas keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) menang di situ.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menerusi gambar yang dimuat naik di dalam akaun Facebook miliknya, Asyraf telah berada di pusat arahan BN bersama Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

“Berada di pusat arahan BN bersama pimpinan tertinggi. Alhamdulillah, keputusan tidak rasmi BN menang dalam PRK DUN Semenyih.

“Terima kasih seluruh pengundi Semenyih,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN