Isu RM90 juta: Ahli tetap setia, istiqamah bersama Pas - Utusan Malaysia

Isu RM90 juta: Ahli tetap setia, istiqamah bersama Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 2 Mac. – Pas meyakini kesetiaan ahlinya dan mereka akan tetap istiqamah bersama perjuangan meskipun parti itu terpalit dengan isu pemimpinnya dituduh menerima dana berjumlah RM90 juta yang disalurkan oleh UMNO.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, sokongan ahli di peringkat akar umbi tidak tergugat kerana sehingga hari ini tuduhan terhadap parti itu gagal dibuktikan oleh mana-mana pihak.

Tambah beliau, sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kebenaran, Pas tetap terbuka dan sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dalam isu tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cuma saya takut perkara ini dimainkan oleh pihak tertentu semata-mata supaya sentiasa ada isu bagi menutup isu lain. Jika betul benda ini berlaku saya rasa sudah lama pihak berkuasa ambil tindakan.

“Kita yakin, kepercayaan ahli (terhadap Pas) setakat ini tidak ada masalah kerana tidak ada bukti pun, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga kata tidak ada unsur rasuah yang berlaku.

“Kita sebagai sebuah parti yang perjuangkan kebenaran, yang tak betul silalah (pihak berkuasa) ambil tindakan. Kita tidak mahu mengiyakan benda tidak benar dan perkara yang tidak benar, tetap tidak benar,” katanya.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan ditemui pemberita selepas merasmikan Madrasah Haji Ibrahim di Kampung Jalah, Bunut Susu, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini