Ahli Fatwa perlu terus dalami ilmu agama - Raja Perlis - Utusan Malaysia

Ahli Fatwa perlu terus dalami ilmu agama – Raja Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis diingatkan supaya tidak berhenti mengkaji dan meneliti perkembangan ilmu agama, walaupun telah mempunyai latar belakang pengajian yang tinggi. 

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail bertitah, usaha untuk terus mendalami ilmu itu akan membantu mereka dalam memutuskan pandangan dan hukum agama dengan lebih teliti.

“Telitilah dalam memutuskan sesuatu hukum atau pandangan. Ketahuilah bahawa apabila pandangan dan hukum itu telah diputuskan, ia akan memberi kesan yang besar kepada negara dan umat Islam keseluruhannya,” titah baginda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baginda bertitah demikian selepas berkenan mengurniakan tauliah kepada 18 Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis 2019 dan Ahli Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perlis Sesi 2019, di Istana Perlis, Kuala Lumpur hari ini. 

Dalam titah amanat itu Raja Perlis turut meminta ahli fatwa menyumbang kepada perkembangan ilmu di Perlis menerusi sebarang bentuk ucapan mahupun penulisan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini