Pembatalan ceramah Ustaz Kazim bukan arahan kerajaan negeri - Utusan Malaysia

Pembatalan ceramah Ustaz Kazim bukan arahan kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 2 Mac – Pembatalan majlis ceramah perdana membabitkan pendakwah popular, Datuk Ustaz Kazim Elias dan Pencetus Ummah (PU) Rahmat di Batu Pahat malam tadi bukan atas arahan kerajaan negeri. 

Penganjur program, Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) dalam satu kenyataan memberitahu, pembatalan program itu ekoran penularan poster ceramah yang mengaitkan penganjurannya dengan parti politik tertentu. 

“Pembatalan program itu selaras dengan peraturan syarikat yang tidak mahu dilibatkan dengan mana-mana unsur politik dalam sebarang aktiviti anjurannya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“WANCorp turut menafikan pembatalan majlis ceramah agama itu adalah atas arahan kerajaan negeri,” menurut kenyataan itu. 

Hari ini tular dalam media sosial beberapa keping gambar dan video berdurasi 2 minit 25 saat yang menunjukkan seorang individu memberitahu hadirin yang hadir bahawa majlis tersebut dibatalkan pihak kerajaan negeri.

Difahamkan juga kedua-dua penceramah jemputan itu telah pun tiba di lokasi ceramah sebelum dimaklumkan pembatalan program berkenaan pada saat-saat akhir. – UTUSAN ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini