PRK Semenyih: Tiga calon selesai mengundi pagi ini - Utusan Malaysia

PRK Semenyih: Tiga calon selesai mengundi pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH – Tiga calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)  Semenyih, antara yang terawal mengundi pada PRK itu yang berlangsung hari ini.

Calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engku Husain, Kampung Baru Semenyih manakala calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi mengundi di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sesapan Kelubi dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nik Aziz Afiq Abdul mengundi di Dewan Orang Ramai Semenyih.

Pengundian bagi PRK Semenyih bermula 8 pagi ini dan dijangka berakhir 5.30 petang.
Sebanyak 24 pusat mengundi membabitkan 116 saluran dibuka bagi membolehkan pengundi memilih wakil rakyat baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejumlah 53,411 pengundi biasa layak berbuat demikian dalam PRK yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mewakili Pakatan Harapan (PH), pada 11 Januari lepas. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN